1.saya lebih suka diri saya dalam keadaan sedih daripada gembira kerana kesedihan itu membawa saya kepada kekusyukan apabila menghadap yang maha Esa dan kegembiraan itu membuatkan saya alpa dengan dunia...
2.Tidaklah kehidupan dunia dibandingkan dengan kehidupan akhirat, kecuali seperti saat salah seorang di antara kamu mencelupkan jari telunjuknya di samudra lautan, lalu lihatlah yang tersisa di jari telunjuknya (itulah dunia). -Ibnu Majah-
3. Nasihat Luqman al-Hakim pada anaknya,
"Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan terhadap orang."
4.sesungguhnya Kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya. -Tarmizi-
5.Jika kamu memancing ikan, setelah ikan terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu, janganlah kamu lepaskan ia semula, kerana ia akan sakit oleh bisa ketajaman mata kail dan mungkin menderita selagi ia masih hidup.
6.Hawa, lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya.
7.Kauthar itu ialah sebatang sungai dalam syurga, kedua-dua tebingnya adalah daripada emas, aliran airnya di atas mutiara dan yakut, bau tanah di dasarnya lebih harum dari kasturi dan airnya lebih manis dari air madu dan lebih putih dari salji. -Tarmizi-
8.Apabila kamu ingin mengambil seseorang menjadi teman, maka buatlah dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu. Sekiranya dia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu, maka ambillah dia menjadi sahabat. -Nadia-
9.Ramai orang mengaku cinta pada Allah, namun saat Allah hendak menguji cintanya itu dan mereka ditimpa musibah yang kecil, mereka gagal membuktikan cinta pada sang Khaliq. -Nurul Izati-